Isnin, 3 Ogos 2009

Apa itu broadband...

Sedikit Fakta mengenai broadband ....


1. Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit(narrowband).

2.
Secara umumnya broadband adalah proses pengiriman dan penerimaan data melalui sistem jaringan telekomunikasi dengan kecepatan tinggi iaitu bermula dari 256 kbps hingga 100 Mbps.

3 .Jalur lebar merujuk kepada spectrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi . contoh yang nyata ialah ADSL di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan
dalam dawai kuprum.

4. Broadband merupakan istilah yang sudah lama dikenal, khususnya di kalangan pengguna Internet. Broadband juga diertikan sebagai jalan yang lebar , sehingga memberikan akses yang jauh lebih cepat dibandingkan yang didapatkan dari sambungan modem dial-up
biasa.



Contoh-Contoh Broadband Di Pasaran






Cerita Saya...


Saya mula menggunakan internet broadband sejak bulan April 2009. Pada masa itu PJK mula dibuka. Saya belajar komputer di Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Pantai. Di tempat ini saya berpeluang untuk melayari internet. Saya dapat banyak ilmu pengetahuan di sini. Di tempat ini saya belajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang internet serta penggunaannya. Sekarang saya tahu apa itu internet dan saya akan menggunakannya apabila saya memerlukannya.

Kegunaan internet dapat membuatkan saya mengetahui banyak ilmu pengetahuan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kak Jue dan Kak Ja yang banyak mengajar saya tentang penggunaan internet. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan bantuan mereka saya berjaya siapkan blog saya sendiri... Penggunaan internet broadband telah membuatkan saya lebih berilmu. Masa lapang saya juga, saya isikan untuk mencari maklumat dalam internet. Mencari maklumat dalam internet sebetulnya memang hobi saya.

Alangkah baiknya kalau saya memiliki internet broadband di rumah.... Broadband membuatkan saya berasa seronok dan gembira. Bagi saya tidak rugi mengisi lapang dengan mencari maklumat dalam internet. Dengan adanya broadband kerja sekolah saya juga menjadi semakin mudah. Maklumat yang saya inginkan seperti Sejarah Kemerdekaan Malaysia senang saya perolehi di internet. Ia membantu saya dalam menyiapkan Kajian Tempatan. Bagi saya ia memudahkan saya untuk mempertingkatkan markah dalam peperiksaan.

Dengan ini saya yakin bahawa internet boleh membantu saya untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Bagi saya orang lain juga rasa gembira dengan ada broadband. Kita sebagai pengguna pasti berasa senang dengan kemudahan yang ada. Segalanya telah tersedia, kita hanya perlu bijak menggunakannya agar manfaatnya dapat kita nikmati.Dengan kemudahan ini saya juga dapat meningkatkan pelajaran melalui e-pembelajaran. Terlalu banyak laman web di internet yang membantu saya meningkatkan mutu pelajaran saya. Saya akan terus belajar dan mendalami dunia tanpa sempadan ini.



Mengapa Saya Memerlukan Broadband



kerana ia memudahkan saya untuk mencari maklumat , meluaskan pengetahuan, belajar secara online, memuat turun lagu /video, bermain games, menghantar emel, chating, bina blog peribadi dan tonton televisyen . Saya juga ingin menjadi seorang pelajar yang "CELIK IT".


Saya boleh menghantar emel kepada kawan-kawan saya. Hal ini membolehkan saya mendapat ramai teman. Dari sini saya berasa sangat gembira. Saya berasa tidak rugi masa saya kalau saya menggunakan internet setiap masa.



Saya boleh melihat gambar-gambar kartun yang saya sukai





Saya juga boleh chatting.



Saya boleh membaca surat khabar.




Saya boleh belajar secara e-pembelajan.


Saya sangat berharap suatu hari nanti saya akan memiliki komputer saya sendiri. Saya berjanji dengan diri saya yang saya akan belajar bersungguh-sungguh demi membantu keluarga saya. Saya berasa bangga kerana dapat memasuki pertandingan blog ini walaupun saya sebenarnya masih baru dalam dunia ICT. Semoga hadiah yang ditawarkan oleh pihak Intel Corporation akan menjadi milik saya....

1 ulasan:

  1. Jangan lupa sertai Liga Remaja Kreatif. Maklumat lanjut http://www.skmm.gov.my atau
    http://ligaremajakreatif.blogspot.com

    BalasPadam